Ai Ling : Selamat pagi, Beego. Saya berasa sungguh seronok semasa lawatan itu.
Beego : Bolehkah kamu ceritakan pengalaman kamu itu kepada saya?
Ai Ling : Boleh. Mula-mula, 1. semua murid diminta berkumpul di sekolah pada pukul 7 pagi.
Beego : Awalnya. Kemudian?
Ai Ling : Kemudian, 2. kami pun beratur lalu menaiki bas. Cikgu Lim memberitahu kami bahawa kita perlu
menjaga keselamatan semasa menaiki bas.
Beego : Ya, betul. Kita tidak boleh berebut-rebut semasa menaiki bas kerana ini akan berlaku kemalangan.
Bilakah kamu semua tiba di ladang anggur?
Ai Ling : Kami sampai pada pukul 8.30 pagi. Selepas itu, 3.kami pun dibawa melawat ke ladang anggur oleh
pengurus ladang anggur. Dia seorang yang peramah. Dia menerangkan tentang proses menanam
anggur dan menunjukkan cara memetik buah anggur kepada kami.
Beego : Seronoknya! Adakah kamu memetik buah anggur dengan sendiri?
Ai Ling : Ya, sudah tentu. 4. Saya juga membeli buah anggur yang saya petik itu. Rakan-rakan lain ada yang
membeli jus anggur, ada yang membeli kismis dan produk anggur yang lain.
Beego : Apakah lagi produk anggur yang lain?
Ai Ling : Sabun anggur dan losen anggur.
Beego : Lain kali, saya akan meminta ibu bapa saya membawa saya ke ladang anggur ini.
i think student will like this activity.......so nice...
ReplyDeleteThanks for sharing!well done!
ReplyDeleteuseful resource
ReplyDeletekeep it up