Ayat dibahagikan kepada 4 jenis,
iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Berikut
merupakan keterangan jenis-jenis ayat berikutan dengan contoh.
Ayat
penyata
|
Ayat
yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai
tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.
Contoh: Bapa membawa kami sekeluarga pergi
berkelah di Pantai Port Dickson.
|
Ayat
tanya
|
Ayat
yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia,
binatang dan sebagainya.
Contoh: Mengapakah Kumar tidak hadir ke sekolah
pada hari ini?
|
Ayat
perintah
|
Ayat
yang digunakan untuk menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta
seseorang melakukan sesuatu. Terdapat empat jenis ayat perintah, iaitu : ayat
seruan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan.
Contoh: Sila tanggalkan kasut sebelum masuk.
Usah pergi menziarahi jiran
sekarang.
|
Ayat
seruan
|
Ayat
yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk melahirkan
suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan
sebagainya.
Contoh: Nah, ambillah wang kamu dan pergi dari
sini!
Cis, berani
kamu pukul adik saya!
|
maklumat yang baik.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkongsi maklumat yang berguna.
ReplyDelete