Varieti
Terdapat empat
varieti
anggur yang sesuai di tanam di Malaysia iaitu varieti IAC, Black Queen,
Black Opal dan New White Malaga. Varieti IAC mempunyai buah berwarna
hijau yang matang dalam tempoh 8-12 bulan. Varieti Black Queen mempunyai
buah berwarna kehitaman yang matang dalam masa 9-12 bulan sementera
Varieti Black Opal mempnyai buah berwarna hitam kebiruan yang matang
selama 10-12 bulan. Manakala varieti New white Malaga matang dalam
tempoh 10-12 bulan dan buahnya berwarna hijau.
Khasiat anggur
- Kandungan vitamin C yang tinggi.
- Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
- Mempunyal kalori yang rendah.
- Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
- Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.
Penanaman
Anggur sesuai ditanam di atas
tanah liat berpasir dengan pH antara
pH
5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran air yang baik. Kawasan perlu
disediakan dengan mengemburkan tanah dan bubuh baja organik secukupnya.
Bagi kawasan rendah disyorkan buat batas tanaman bagi mngelakan pokok
terendam dan akan mati. Benih anggur boleh didapati daripada
tut dan
keratan.
Benih dalam polibeg berumur 3 bulan boleh ditanam. Jarak penanaman
disyorkan bagi anggur adalah 1.5 meter x 3 meter. Berikan baja asas
sebanyak 4 kg baja organik (tahi ayam diproses) dan
CIRP
sebanyak 120 gram. Penanaman angur di Malaysia sesuai dengan
menggunakan struktur kalis hujan terutama di kawasan yang banyak hujan
melebihi 800 mm setahun dan boleh ditanam tanpa kalis hujan di belah
Utara iaitu
Kedah dan Perlis.
Tanaman anggur perlu dicantas untuk pembentukan dahan sehingga 1.8
meter tinggi dan pembesaran batang utama. Kayu sokong diperlukan bagi
mampastikan batang utama tumbuh menegak. Pokok anggur juga perlu
dicantas bagi pengeluaran dahan dan pemangkasan untuk mengalakkan bunga
dan buah. Bagi pemangkasan pengeluaran dahan potong 2-3 dahan sekunder
sepanjang 1 meter sehinga 4 cabang. Cantasan pembungaan dan pembuahan
dibuat dengan membuang semua daun anggur sehingga habis serta buang
dahan yang masih hijau (Lihat foto sebelah). Tinggalkan dahan yang
berwarna coklat.
Para
untuk tanaman anggur perlu dibuat supaya pokok anggur dapat menjalar
dan memudahkan pengeluaran hasil. Ketinggian para bergantung kepada
kesesuaian antara 5-6 kaki bagi memudahkan kerja pengurusan. Pembajaan
dijalankan dengan baja NPK 15:15:15 sebanyak 20 gram/ pokok/ bulan dan
20 gm urea pada bulan ke 3 hingga ke 6. Pada bulan ke 7-9 diberikan NPK
12:12:17:2 kepada 100 gm/ pk/ bulan dan bulan ke 10-15 sebanyak 150 gm/
pk/ bulan. Pokok anggur yang berumur lebih 16 bulan dibaja NPK
12:12:17:2 sebanyak 300 gm / pk/ bulan. Penyemburan baja daun atau baja
foliar (seperti Grofas) yang dicampur racun kulat dan racun serangga
membantu pembesaran dan pembentukkan buah anggur.
Penanaman anggur di Malaysia perlukan guna hormon asid giberelik
sebanyak 1 ppm ( 1 g + 1,000 liter air) yang disembur hari ke 7 selepas
pemangkasan buah. Ini adalah untuk menggalak pengeluaran bunga dan buah.
Sembur pada waktu pagi sebelum jam 9.00 pagi atau petang selepas jam
5.00 petang kerana keberkesanan GA kurang bila kena panas (Cepat
kering). Keperluan pengairan tanaman anggur penting sekitar 8-11 liter
sepokok sehari. Berhentikan pengairan 1-2 bulan sebelum buah anggur
masak untuk tambah kemanisan buah anggur.
Penyakit dan perosak
Anggur mudah diserang penyakit seperti
antraknos (
Collectroticum spp) yang menyerang pucuk dan buah dikawal menggunakan racun yang sesuai. Penyakit lain ialah
karat yang menyerang daun dan buah. Penyakit
kulapuk berdebu
antara penyakit merbahaya jika tidak dikawal akan menyebabkan pokok
layu atau mati. Kawalan racun kulat terkawal dapat atasi masalah
serangan penyakit.