Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa
dan aspek pembinaannya serta pembahagian
subjek dan predikat. Contoh :
Subjek
|
Predikat
|
Siti
|
menjemur
kasut sekolah.
|
Ah Meng
|
menyiram
pokok bunga.
|
Untuk menyenangkan sesi pengajaran
guru mengenai penulisan ayat, guru boleh menggunakan cara berikut:
Siapa
|
Buat apa
|
Di mana / Huraian
|
Bapa saya
|
mencangkul tanah
|
di halaman rumah.
|
Rahim dan Fatin
|
menunggang basikal
|
dengan gembira.
|
Jiran Jacklin
|
melancong
|
ke luar negara.
|
Contoh latihan:
- Mengangkat
- Mengelap
- Memadamkan
- Melukis
- Menyapu
Untuk menghasilkan ayat yang lengkap, murid-murid bolehlah
mengisikan bahagian ayat berdasarkan jadual berikut.Contohnya:
Siapa
|
Buat apa
|
Di mana / Huraian
|
Seorang murid lelaki / Lim Sin
|
mengangkat buku
|
ke sudut bacaan.
|
Hui San / seorang murid perempuan
|
mengelap meja
|
dengan sehelai kain basah.
|
Jacklin / Seorang murid perempuan
|
memadamkan papan hitam
|
dengan tekun.
|
Seorang murid lelaki / Farik
|
melukis gambar pokok bunga
|
di atas dinding.
|
Seorang murid lelaki / Kasin
|
menyapu lantai
|
dengan penyapu.
|