Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
Antara penjodoh bilangan yang sering kita jumpai termasuklah:
Penjodoh Bilangan
|
Contoh
|
buah
|
Rumah, kereta,
basikal, buku, meja, kerusi
|
pasang
|
Mata, cermin mata,
kasut, stoking, tangan
|
helai
|
Baju, seluar, kain,
daun, tisu, kertas
|
keping
|
Kad, roti, biskut
|
biji
|
Oren, epal, mangkuk,
cawan
|
rumpun
|
Buluh, rotan, tebu
|
kaki
|
Paying, cendawan
|
Walau bagaimanapun,
penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sama dengan kata bilangan
seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, sebilangan dan
setengah-setengah. Namun, masih ada murid yang
menggunakan penjodoh bilangan di tempat yang salah(Kesalahan Umum Tatabahasa , 2013) . Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Seluruh buah kampung
Para orang guru
Semua orang murid
Sebahagian orang penduduk
Sekalian orang peserta
|
Seluruh kampung
Para guru
Semua murid
Sebahagian penduduk
Sekalian peserta
|
Maklumat yang bermanfaat.
ReplyDeleteNota yang amat memanfaatkan. Teruskan usaha.
ReplyDelete