Thursday 6 December 2012

Bagaimana membina AYAT??



Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya  serta pembahagian subjek dan predikat. Contoh :
Subjek
Predikat
Siti
menjemur kasut sekolah.
Ah Meng
menyiram pokok bunga.

Untuk menyenangkan sesi pengajaran guru mengenai penulisan ayat, guru boleh menggunakan cara berikut:
Siapa
Buat apa
Di mana / Huraian
Bapa saya
mencangkul tanah
di halaman rumah.
Rahim dan Fatin
menunggang basikal
dengan gembira.
Jiran Jacklin
melancong
ke luar negara.



Contoh latihan:
 
Kata kerja yang terkandung dalam gambar ialah:
  1. Mengangkat
  2. Mengelap
  3. Memadamkan
  4. Melukis
  5. Menyapu
Untuk menghasilkan ayat yang lengkap, murid-murid bolehlah mengisikan bahagian ayat berdasarkan jadual berikut.Contohnya:
Siapa
Buat apa
Di mana / Huraian
Seorang murid lelaki / Lim Sin
mengangkat buku
ke sudut bacaan.
Hui San / seorang murid perempuan
mengelap meja
dengan sehelai kain basah.
Jacklin / Seorang murid perempuan
memadamkan papan hitam
dengan tekun.
Seorang murid lelaki / Farik
melukis gambar pokok bunga 
di atas dinding.
Seorang murid lelaki / Kasin
menyapu lantai
dengan penyapu.

Penjodoh Bilangan



Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
Antara penjodoh bilangan yang sering kita jumpai termasuklah:
Penjodoh Bilangan
Contoh
buah
Rumah, kereta, basikal, buku, meja, kerusi
pasang
Mata, cermin mata, kasut, stoking, tangan
helai
Baju, seluar, kain, daun, tisu, kertas
keping
Kad, roti, biskut
biji
Oren, epal, mangkuk, cawan
rumpun
Buluh, rotan, tebu
kaki
Paying, cendawan
Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, sebilangan dan setengah-setengah. Namun, masih ada murid yang  menggunakan penjodoh bilangan di tempat yang salah(Kesalahan Umum Tatabahasa , 2013). Contoh:

SALAH
BETUL
Seluruh buah kampung
Para orang guru
Semua orang murid
Sebahagian orang penduduk
Sekalian orang peserta
Seluruh kampung
Para guru
Semua murid
Sebahagian penduduk
Sekalian peserta

Monday 3 December 2012

Ayat perintah


 


Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
 
Jenis perintah
Contoh penggunaan
Perintah
Buangkan sampah itu ke dalam tong sampah.
Suruhan
Tulis latihananda dengan betul.
Larangan
Jangan conteng dinding itu.
Permintaan
Tolong simpan buku di dalam laci.
Ajakan
Makanlah banyak-banyak.
Silaan
Sila duduk.
Doa
Syukurlah adik telah selamat.
Harapan
Harap-harap dapat pergi ke rumah datuk.

 

Frasa Kerja Pasif


Frasa Kerja Pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif.

Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kata kerja diri kedua disebut sebagai bentuk terikat. Oleh itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti nama diri dengan kata kerja pasif itu. Contoh:

Salah
Betul
Mangsa kebakaran itu kita patut bantu.
Mangsa kebakaran itu patut kita bantu.
Gambar itu saya akan hantar.
Gambar itu akan saya hantar.
Latihan itu kamu mesti siapkan.
Latihan itu mesti kamu siapkan.

 

Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua adalah sama tetapi tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga. Contohnya:

Salah
Betul
Kerusi-kerusi itu disusun oleh kami.
Kerusi-kerusi itu kami susun.
Surat itu ditulis oleh kamu?
Surat itu kamu tulis?
Komik itu dibeli oleh saya.
Komik itu saya beli.

 

Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua. Misalnya:

Salah
Betul
Drama itu mereka persembahkan.
Drama itu dipersembahkan oleh mereka.
Lukisan itu dia lukis.
Lukisan itu dilukisnya.

 

BOLEHKAH anda betulkan kesalahan frasa kerja pasif dalam ayat-ayat di bawah??

  1. Kasut ini saya akan cuci pada petang nanti.
  2. Lukisan pemandangan di tepi pantai itu Ali lukis.
  3. Baju yang ibu jahit itu sungguh cantik.
  4. Seminar peperiksaan itu akan Guru Besar rasmikan.
  5. Soalan itu perlu dijawab oleh anda dalam masa tiga minit.

 

JAWAPAN:

  1. Kasut ini akan saya cuci pada petang nanti.
  2. Lukisan pemandangan di tepi pantai itu dilukis oleh Ali.
  3. Baju yang dijahit oleh ibu itu sungguh cantik.
  4. Seminar peperiksaan itu akan dirasmikan oleh Guru Besar.
  5. Soalan itu perlu anda jawab dalam masa tiga minit.